yeaaa sambung balik part 3
bestnya tengok design rumah kat sini.. standard harga rumah macam ni rp200 juta ++...
nampak macam jalan masuk universiti tak
view from hotel
abg ipar tempah suit di butik fashionista apa ntah nama butik tu.tempah malam ni,malam esok siap.
kat kedai ni ada jugak jual kain cotton tapi harga sama je macam malaysia. orang dok canang barang kat Bandung murah..kat mane murahnye
jalan-jalan di lorong Belanda. im sorry aku lupa nama tempat.
kat sini orang dok cerita kain murah gila kat Toko Tiga. tapi masa sampai kedai tutup lagi. lagipun hari tu raya tahun baru cina. so kami pun pergi ke Pasar Baru. Pasar Baru macam pergi Terminal 1 kat Seremban. Barang banyak tapi tak de feel nak membeli. Aku just beli sepasang kain sulam, magnet fridge, tshirt. Melihat duit yang semakin susut dan harga barang pun standard Malaysia membuatkan aku makin tak de feel nak shopping. Good. Sebab tujuan utama melancong ialah melancong.
lepak lunch di restoran Belacan.
Farel jadi selebriti kejap kat Bandung sebab dia gendut and putih melepak.
menu lebih kurang Malaysia. harga makanan rm120++
ronda-ronda jalan riau di Bandung. petang hari ke3 sepatutunya ke Kartika Sari dan Toko Tiga tapi Farel mengamok letih nak tido so aku n kakak aku lepak di hotel je.
mari bertolak pulang ke jakarta.
di RnR ada masjid.
singgah kejap di RnR.. rnr sini nampak macam pekan kecil..lengang..tapi mungkin sebab bukan waktu puncak. walaupun nampak macam pekan koboi tapi ade starbucks. boleh dikatakan starbucks kat sini ada di mana mana macam kfc.starbucks, A&W dan Dunkin Donut berlambak.
di airport jakarta.
perkara yang aku kagum dengan orang-orang sini..dorang cari duit bersungguh..memang level kereta dorang level orang pertengahan malah lagi mahal dari kereta yang aku mampu beli (kalau di Msia la) tapi sebalik lambakan kereta mewah ramai lagi yang susah. macam2 cara dorang cari duit.. jual tepi jalan dalam hujan lebat.. panas terik..bawak anak kecik..malam pertama di bandung aku nampak sorang budak besar dalam umur 8 atau 9 tahun menari depan trafik light yang sesak..masa tu dah malam.hujan pulak..sempat je masa tu aku nak snap gambar tapi rasa tak sampai hati. dengan baju lusuh dan sekotak radio dia berpusing-pusing menari depan penunggang motor just nak cari duit.
boleh dikatakan melangkah keluar hotel waktu pagi rasa macam semua orang di bandung tu keluar rumah..sebab setiap tempat penuh dengan manusia.atas jalan.. tepi jalan.. dalam kedai..rasa macam tak de sapa stay kat rumah waktu siang..semua orang keluar..haha..tapi dari apa aku nampak dorang semua bekerja..tak kira budak, remaja, orang tua semua kerja.suasana ni boleh tengok sampai ke malam. macam waktu kerja dorang start 8 pagi sampai 11 malam. and maybe that why aku tak nampak orang yang obes. tak sure la aku tak perasan atau memang tak ada.semua kurus belaka.
sekarang bandingkan orang muda di negara kita. mihmih
lagi satu aku perasan lelaki indonesia agak gentlemen. mungkin sebab tu kot ramai orang perempuan sanggup lari ikut lelaki indonesia. pengalaman aku dulu ada member nama abg nasa. memang baik dan lemah lembut. masa tu aku pikir kalau aku nak ada kawan lelaki, aku nak macam abg nasa. entahla ..tapi aku rasa selamat kalau ada lelaki perangai macam abg nasa. macam tu jugak di indonesia lelaki nya perangai baik macam abg nasa. (eh berapa ramai lelaki ko sembang kat sana)
rasa macam nak mulakan hidup baru..kerja bersungguh2. malu tengok orang Indonesia kerja.