Sunday, March 1, 2015

Jalan jalan Bandung


okay..sambung sekejap ke part 2 trip ke bandung.. sebenarnya aku tengah settle kerja mesyuarat agung sambil update 2 blog..pergh..
ye kelas aku memang bersepah sekarang.




 dalam banyak2 tempat aku suka tengok lorong kecil macam ni.


balik dari tangkuban perahu we all pergi makan tengah hari di restoran bawah bukit ni.. bangunan putih ni sebenarnya hotel. hotel ni bertemakan patung2 arca besar gila penuh dalam dan luar bangunan. lobi hotel ni di bawah tanah..
  
 sayup je restoran ni...tapi pemandangan sangat cantik dan aku tak rasa makan di indonesia sebab ramai orang malaysia makan kat situ.








 musolla yang cantik! we all ader?





 kami makan set nampak murah tapi mahal. tip cikgu kok melancong ke luar negara sambil berjimat: makan megi.
 instant shawl pasar pagi ahad kamunting rm28. eh tetibe

lepas makan pergi pulak ke floating market. aku yang tak study langsung pasal tempat2 di sini ingatkan floating market ni sesak macam pasar biasa. rupanya floating market ni dalam taman. taman yang cantik gile. alangkah bagus taman botani shah alam dijaga macam floating market ni..bukannya kita tak mampu tapi sebab karenah orang2 kita, taman tu hancur. aku kaitkan taman botani tu sebab aku pernah praktikal kat situ.sedih.
dalam taman ni ada tasik boleh sewa bot, ada kolam ikan,itik, taman arnab, taman sayur, kedai2 comel, tempat pameran budaya dan barang tradisional.. musolla pun cantik. pokok2 terjaga dan BERSIH. yup best.


 aku patut beli coklat enteng jodoh kudeta jiwa









 tanah kat bandung subur rasa macam nak beli 10 kampit bawa balik.



















ok sambung lagi part 3 nanti.. banyak benda kena settle dulu. mesyuarat agung.. bawa budak ke latihan pusat..kenduri kawin bestfriend..latihan sukan..beli barang rumah..projek business..semua dalam bulan mac! phew.

bye




No comments: