Sunday, December 26, 2010

I'll Be Back

Hi everyone,

i'll be back soon..maybe after a month coz i've got something to do. Beside, sekolah dah nak buka T__T. Rasa belum puas bercuti. Actually ada entri yang saya nak post tapi gambar tertinggal di rumah sewa..nampaknya terlepas la entri last before end of 2010..

why am i saying i'll be back?

 let the pics tell you what happen to me during this 'holidays'


*
*
*

saya sedang asyik bersukaria



yeah..i'm having fun with internet


*
*
*
*

suddenly....



saya kena study ouh!
dah *lama -ehem- tak buka-ehem-buku*..tak pasti kapasiti memori dalaman ada berapa sekarang ni...mungkin tak sampai 1G?!!
masa cuma tinggal 3 minggu lagi...uhuk..dah mula rasa kesan stress..
ada tips belajar yang efektif? tip anda amat dihargai..
*mesti beli kopi
*mesti makan ikan
*
*
*
*

and

this is me now;
yeah, i know...my life is mess

but
*
*
*
*
goodbye 2010

and welcome 2011
hope next year will bring a lot lot of joy and  happiness..never end..

goodbye my blog...see ya viewers....soon..
wish me luck guys!! 
 T__T *still worried

cr pics: various tumblr. currently i'm addicted to tumblr. hahaha


Saturday, December 18, 2010

MyOnlyBestBoyFriend'sWedding

Dear Abrar/Bura/Burangge/Wawa

Hai bura. U pekabar? sihat? Lama tak jumpa U walaupun rumah U cuma sebelah je dengan rumah I. Yeah kita senasib bekerja di tempat jauh tapi U lagi jauh dari I. I just want to dedicate this pure feeling which belong to our friendship from the day I met U.

U ingat lagi tak masa umur kita 7 tahun dan I pindah ke sebelah rumah U kita selalu main sama-sama waktu petang.Kita main kejar kejar, aci nyorok , panjat pokok, kahwin kahwin. Kita gaduh gaduh , gelak gelak sama sama sedih. Masa kita dua pergi cari port rahsia ala ala secret garden kita selalu pegang tangan jalan beriringan. Semua orang asyik booo kita sebab kita selalu berdua. Ahak!

I juga tak kan lupa sampai bila bila masa U pegang tangan I dan jalan di depan bawa I  ke mana entah lepas tu tetiba U pusing belakang lepaskan tangan I dan terus lari. I terpinga pinga *apakah young boy ni cuba lakukan?* rupa rupanya depan tu ada ular tedung yang dah pacak kepala kembang leher. Cis sampai hati U tinggalkan I.

U ingat lagi tak parent U pergi ke mana entah dan tinggalkan U dengan abang U kat rumah. Masa tu famili I risau dan I pun risau jugak bila tengok dua budak kecil macam U ditinggalkan berdua. Parent I panggil U dengan abang U datang tidur di rumah. Rasanya malam tu tak ada letrik kot. I pun dah lupa. I ingat lagi I tanya abang u 'ape dalam beg tu?' abang u jawab 'tilam'. Heh rumah I pun ada tilam lah. Dan bila pagi sebelum I pergi sekolah I mengintai U berdua still lagi tidur. huuhuhuu..rasanya kalau U kat rumah sendiri dah bangun sembahyang subuh sebab parent U warak orangnye.

Dan I masih ingat masa I pergi main kat rumah U tetiba U masuk rumah. I pun mengintai rupanya U solat asar sedangkan masa tu dah pukul 6.30 petang. Mentang mentang la parent U tak ada kat rumah U solat lambat main punya pasal.

Dan I pernah dengar U dengan abang U kena tibai dengan emak U sebab main selut. Itula raungan paling dahsyat I pernah dengar setakat tu. Yang tak bestnya bila I balik rumah I pulak kena tibai dengan bapak I . hahaha. Kan kita dua main selut. Kita senasib kan?

Kita selalu main sama sama sampai la kita form 1. Masa tu dah anak dara anak teruna tak kan nak main lagi kot. Malu la.Cuma I je dok dalam rumah mengintai U yang tengah main dengan boys lain. Seronoknya hidup budak laki. Tak ada age border line kalau nak bersuka ria. Walaupun kita berjiran sebelah tapi U tak sama sekolah dengan I dari sekolah rendah ke menengah. I cuma sama kelas dengan U masa Form 4 dan Form 6 je. Dan I ingat lagi U sangat ambil berat kat  I sebab ada satu hari tu I sakit perut. Esok pagi nye U sampai sekolah letak beg U terus bagi kat I tiger balm. Mungkin U risau I sakit lagi tapi I tak sakit dah.hahahaha. Terima kasih Bura.

Masa form 6 pula memang kita gila gila dan I ingat lagi  I menyusahkan U minta tolong U bawa balik buku buku tebal gila. Masa tu U naik basikal atau motor I dah tak ingat tapi U tolong bawa balik buku yang banyak tu dan letak kat depan pintu rumah I . I tak boleh bawa balik sebab I balik rumah jalan kaki. Kalau I tumpang U mesti orang kampung dah sembelih I. Terima kasih Bura.

Lepas tu U sambung ke ILP dan I teruskan form 6. Kita selalu berutus surat. Macam kelakar tapi masa tu mana ada trend sms dan henset pun besar gedabak dan mahal gila. I selalu lukis potret dan kirim bersama surat dan U selalu puji lukisan I. Terima kasih Bura.

i minta maaf sebab jarang keep in touch dengan u.
i minta maaf sebab selalu menyusahkan u.
i minta maaf sebab hanya dapat menerima u sebagai sahabat.
i minta maaf sebab selalu mengintai u.hahahahaha.

Lepas ni i tak boleh bergayut bersembang lama lama dah dengan u. Lepas ni i tak boleh dengar u cerita masalah kat tempat kerja u sebab u dah ada orang yang u boleh cerita. Lepas ni i tak boleh merapu sebarangan dengan u. Lepas ni kalau kita sembang dalam phone i tak boleh panggil 'u' dan 'i'.

Dan terima kasih sebab menjadi satu satunya sahabat lelaki I . I doakan u bahagia sehingga akhir hayat dengan wanita yang berjaya mencuri hati U dari I. Ahak! and trust me she's lucky to hv a husband like u. Lelaki yang tak pernah merungut bila kawan minta tolong. Lelaki prihatin pada kawannya. Lelaki yang sentiasa ingat orang lain. Lelaki yang baik hati. Seems like i never appreciated u before but u r my special boy friend i ever had.


yourstruly,
angah aka nurul
cr pics:tumblr
i amik dr fb u

lauk kenduri u memang mantop!
nom nom nom

Wednesday, December 8, 2010

I MY ME MINE

Tempat ke-3 paling best is my class. There's no better place to be other than this. I have my own class/office and all stuff like furniture saya boleh decorate sesuka hati. This is fun since i love to have my own privacy place and i can make my own project of teaching aids.

Peluang bertugas seminggu di sekolah tak boleh disia-siakan. Mari mengemas apa yang patut sebelum tahun 2011 kelas lain hias gempak tapi kelas ko macam tahun lepas jugak.

Sebagai guru pemulihan, telah disemat dan diterapkan amalan mengumpul bahan terbuang kerana bahan-bahan ini boleh dijadikan alat bantu mengajar. Sehingga kini pantang nampak kotak mesti nak simpan dengan harapan benda tu bertukar menjadi bahan yang berguna.Malah sanggup membuka tong-tong kitar semula demi niat yang murni. Tapi nampaknya takdir mereka tetap di tong kitar semula sebab orang yang mengutipnya tak ada idea nak buat apa atau mungkin *malas* (~ __~) hmmm... Simpan terlalu lama pun tak berguna sebab akhirnya menyesakkan kelas. Malulah kalau kelas anak dara nampak bersepah. Mana nak letak imej i? *tetiba.

sakit mata tak?

Ini susun atur ruang yang terbaru..pening nak susun atur perabot sebab kena ambil kira tempat suis elektrik, silau cahaya matahari, tahap keredupan dan kesejukan dan paling penting port menyorok kalau GB cari..hahaha. kidding.

Tetiba idea datang ..pling! eh bukan ..kaching!



ini ialah tempat simpan carta zaman pak pandir. barang buangan yang telah dikutip oleh insan berhati murni bernama cikgu nurul.
cat guna cat minyak.nampak kacak bergaya sikit.
test power dulu kat bahagian tepi. comot pun tak apa sebab tak siapa kesah.
 Sebab dalam hati tak sabar nak balik jadi tak buat betul-betul. At least dah bertukar rupakan? Tinggal 3 minggu je lagi sebelum buka sekolah. Barang untuk buat bahan bantu mengajar masih berlonggok dalam bonet kereta.

FIGHTING!

Getting married.........soon

Lepas habis minggu bertugas di sekolah saya asyik whining di blog cakap busy busy busy. Haa that's why i said busy coz will getting married yu huuuuu...

Selang sehari ke Parit Buntar,Kulim,Seberang Jaya dan Bandar Perda cari barang kahwin dan hantaran. Area Kulim memang banyak betul kedai barang kahwin. Latest, today i went to A To Z Wedding which is fully complete with marriage stuff. Before this, just jeling and lalu je kat kedai tu dan kata 'wow'. Bila masuk memang 'WOW COOL" . Complete betul barang-barang kahwin daripada set bunga telur macam-macam jenis terbaru, dulang hantaran,hiasan bilik pengantin, bunga,renda...pergh....even nak hantar barang untuk digubah on spot pun boleh buat kat situ. Macam ni kan senang..tak payah pergi cari macam-macam kedai cari barang kahwin. Oleh sebab saya yang memandu maka tak sempat/lupa nak ambil gambar kedai.

I'm also get a chance to apply member card then i get more discount on purchased! Bunga telur 100 batang =RM45, after discount RM33. Apply member card just RM10/lifetime.

Lepas tu ke Bandar Perda cari lagi kedai barang hantaran dan Jusco beli cadar.








But u know what?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
i'm not the one who will get married =P
The person is my sister!


eventhough she'll married first, it's not the reason i can't give help and support don't ya think?
Hope all plan goes well. 

*
*
*
*
*
how bout me then?
i always have the feeling about what people think about older sister who did not married yet. Yes sure the relatives keep asking when my turn. For me, it's just ok and normal situation but i can see from their eyes like' ohh..pity her..' 
i don't want to get married (at this age) because i have a dream to fulfill. Eventhough people keep telling me that you -can- have -what -u -want -from -your -husband but  i really want to do it by myself. 
How bout your opinion?
forever alone

hohoho...goodnite

p/s: best betul shopping barang hantaran masa mega sale

Monday, December 6, 2010

Cameron Highland, here i come

20 November 2010

Dear diary,
Hari sabtu pertama cuti sekolah, sekolah saya buat lawatan ke Cameron Highland. Seronok 50%, tak seronok 50%. Why? Sebab saya nak cuti dan balik kampung la. Seronok sebab saya belum pernah ke Cameron Highland dan saya dah target nak beli banyak strawberi. Sebab strawberi baik untuk kulit.

Cikgu Kok awal awal dah pesan;
'Nurul,esok datang sekolah sebelum pukul 7 pagi ok?'
'ye la tu...suruh datang sebelum pukul 7, tapi bas sampai pukul 8'
dan ya..memang bas sampai sekolah lewat. Cuma sebuah bas saja pun. 5 cikgu dan famili naik bas dengan  murid dan cikgu-cikgu lain drive sendiri ke sana. Perjalanan lancar macam biasa.
Ku sangkakan tempat ni masyuk cantik kemas teratur rupanya tidak. Jalan raya terlampau sempit dengan kereta, trak parking bahu jalan sesuka hati. Pembinaan bangunan macam kedai-kedai pun bersepah-sepah.Hmmm..mungkin sebab kawasan berlereng dan berbukit, tuan punya tanah tak ada pilihan lain. Tapi sayang betul sebab tempat ni tumpuan pelancong, malu seh dorang tengok tempat ni dalam rupa zaman dulu.

Tempat hentian pertama ladang teh Cameron Valley. Sampai sini lebih kurang jam 12.00 tengah hari.











 Taman Lebah / Bee Farm




 Kea Farm






Dah penat memanjat bukit ladang teh, shopping2 baru kami check in hotel. kami menginap di hotel Hill Garden Lodge.Kediaman macam apartmen. Ada 3 bilik, 2 bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Memang sesuai untuk pelancong yang datang beramai-ramai macam kami. Dan sebab saya bujang trang tang tang saya kena tidur dengan murid. Rutin wajib bagi guru bujang trang tang tang. Masa check in lebih kurang pukul 3 petang. Lambat masuk sebab jalan sesak. Bilik saya nombor 5 berdepan dengan bilik cikgu dan murid lelaki. Lupa bagi tahu saya bawa adik saya bersama.lalalala.

Dear diary,
Sesuatu yang buruk berlaku masa saya dan 'anak-anak' (murid) seramai 9 orang itu bersiap untuk keluar pada jam 4 petang. Sedang kami lepak tengok tv di ruang tamu tiba-tiba bunyi kaca pecah! Betul-betul tempat seorang anak cikgu tu berdiri. Masa tu saya rasa nak marah sebab ingatkan budak-budak ni tak duduk diam kemudian pecahkan pula pintu bercermin hotel tu...Saya pergi check rupa-rupanya jubin lantai yang meletup dan pecah. Creepy u know !! Masa tu saya sangka 'alamak,bangunan nak runtuh ke?, gempa bumi ke? tanah mendap ke? Tidak!!!!

Saya terus berlari ke pintu keluar nak panggil cikgu Kok dan cikgu Wan..rupa-rupanya diorang pun dah dengar bunyi pecah dan datang ke bilik kami...muka semua orang memang cuak.

cikgu Kok: kenapa ni?kenapa ni?
me: cikgu kok!cepat!tengok sini! lantai pecah!
cikgu kok: ha?macam mana boleh jadi macam ni?
me: mana saya tau...tiba-tiba dia pecah!

Tengah asyik tengok jubin yang bersepai tu tiba-tiba lantai bahagian lain meletup dan pecah. Terkejut + terjerit + panik =RUN FOR YOUR LIFE!!

seriously, masa tu memang terbayangkan hotel tu nak runtuh. Kami semua lari turun ke bawah dan bagitahu cikgu-cikgu di bilik tingkat bawah supaya lari keluar. Lutut menggigil muka pucat tak payah cakaplah. Lepas berkumpul di bawah baru reda sikit gemuruh. Saya lari naik atas tinjau keadaan dan cikgu Kok dah panggil owner hotel untuk siasat. Rupanya jubin tu yang bermasalah. Lagipun bangunan tu dah lama dan penghuni ramai yang keluar masuk bilik tu sebabkan lantai tu pecah. Kenapa la time kami datang jadi benda ni..hmmm..

Lepas bincang, kami pun pindah ke bilik tingkat bawah. Nasib baik lantai kayu. Dah la penat baru sampai, naik tangga banyak kali, terkejut pulak dengan jubin pecah. Rasa dah tak ada mood nak keluar. Pukul 5.30 petang kami ke Taman Kaktus tapi saya tak masuk pun..cuma  ronda-ronda di kedai jamu mata hati saja.

Balik ke  hotel jam 7 petang tapi sampai hotel hampir 9 malam sebab stuck dengan jalan sesak. Sejam lebih kami melangut dalam bas.Sebelah malam rehat dan bersiap pergi makan malam. Saya ambil kesempatan pergi ke pasar malam and beli 4 kotak besar strawberi. Tamak betul..saya nak beli lagi tapi si adik dah jeling-jeling.

Balik ke hotel pukul 10.30 malam dan bersiap nak tidur. Y'all fikir saya boleh tidur lena dengan murid perempuan seramai 9 orang + 2 orang anak cikgu? No! Sekejap bising..ok fine i tegur dengan lembut.. tengah tidur diorang ketuk pintu sebab orang budak muntah..ok fine..i bagi baju i sebab baju dia dah kotor..tengah tidur lagi terjaga sebab diorang main di ruang tamu..ok fine i sound lagi suruh diorang tidur..then i betul-betul meletup sebab diorang main tendang-tendang pulak dalam bilik (not sure apa diorang buat tapi bising) last warning i jerit suruh tidur. Baru la senyap san masa tu jam 2.30 pagi TAPI SAYA PULAK TAK BOLEH TIDUR! SEBAB ASYIK TERJAGA DAN BUNYI BISING ORANG KARAOKE DI TINGKAT BAWAH HOTEL! Damn!

Tak perlu hairan kalau next pics muka sembab mata bengkak sebab tak lena tidur..haissshhh...
Dan saya cuak juga pagi tu kalau-kalau budak -budak tarik muka sebab kena marah dengan saya tapi datang si Cameran kata ' Cikgu, nasib baik cikgu marah kami semalam..sebab lepas cikgu marah baru kami semua boleh tidur., kalau cikgu tak marah kami tak boleh tidur lagi lew..' .     Kalau la saya tau dari awal.. (-...-)


























 Dear Diary,
sebelum kami balik, kami ke Tanah Rata, Kea Farm dan Taman Kaktus, Ladang Teh Bharat.


That's how my school's trip ended. Sampai sekolah dah jam 10.00 malam. Saya drive balik kampung terus. Lagipun strawberi bukan tahan lama. Sambil drive melelong mengantuk sambil makan strawberi.


Moral: Jangan beli terlampau banyak strawberi macam saya