Monday, February 27, 2012

like.dislike.like.dislike.whatever.

yeah yeah

dah dapat gaji.

yeah yeah dah habis gaji. lol

sobs.sudah 2 minggu tak balik kampung. tak terasa stress sangat sebab busy kerja. seminggu di sekolah. 12 jam. isnin-ahad. sabtu lepas sekolah ganti untuk raya cina. minggu ni sabtu kena sekolah ganti lagi. arkk..buah pinggang aku stress. 

1 trillion stress lagi bila cikgu2 berhempas pulas ajar murid dah kemahiran ke berapa entah tapi cuti sehari je nak eja 2 suku kata pun tak boleh!!! kelas aku tak payah cakap la semua perkataan bergambar ada tapi budak tak baca pun. bagus. ajar pagi petang isnin hingga jumaat tapi bila isnin depan macam tak pernah belajar.bagus. 



sebab balik rumah tak baca buku langsung. yes
sebab cakap siam 24/7 . yes
sebab mak bapak tak kisah pun . yes


aku kena hilangkan stress ni dengan makan makanan sedap dan shopping.

shopping di Kulim. lalalalala. dah daftar stremyx lepas ni boleh la sufing 24/7..lalalalala


famili datang bercuti di Kroh. Farel pun datang. rindu farel tapi Farel meragam tak mo tengok aku pun. Tengok muka je menangis. mungkin aku tak mengaji jadi si nenek kebayan datang hinggap di bahu aku.. hahahahahah.

tak mo tengok muka . T__T


hadiah dari murid yang melancong ke Thailand.  aku pergi melancong tak beli ape pun kat korang.maafkan guru mu yang miskin ini.




bye



Wednesday, February 22, 2012

geram

balas dendam.

otak beku.

mesti keluar dari sini.

lepak di sunway carnival mall.

owh burger king dah buka! sedap dan mahal nye.. baik aku makan kenny rogers

lengang betul dalam mall nie. boring tak de sale.

bye




Tuesday, February 21, 2012

Minggu yang Hellzzzzz

ok. Berakhir sudah minggu busy.
Sangat busy kay.. Tapi tiap kali benda x best datang mesti mulut ada sebut juga  'nasib baik...'

Siapkan sebuah fail makan masa berhari-hari.. inikan pula berfail-fail. Sebenarnya fail pemulihan sangat banyak tapi ntah kenapa fail aku tahun ni macam sikit je..hmp. aku tak study.

kalau nak bandingkan dengan cikgu KSSR lagi la bertimbun fail. Nasib baik aku guru pemulihan. lalalalala.
Kelas dorang pun penuh fail je. Dah tak da rupa kelas dah ni. Dah macam pejabat lak aku tengok. Sebab cikgu sekolah kurang murid ni sikit so tiap sorang cikgu pegang banyak jawatan. So, 1 jawatan dalam 2-3 fail dan lebih.. kadang2 aku teringin tengok camne style kerja cikgu2 sekolah besar ..

kalau cikgu sekolah kecil pikir:
' ala..cikgu sek besar ramai..so jawatan tu boleh bahagi sorang sikit...beban kerja pejabat kurang sikit'..

cikgu sekolah besar fikir:
'ala..cikgu sekolah kecik tak de hal..budak sikit senang nak control..jawatan pegang pun bukan ade ape sangat..mesti banyak relax...'

err..no comment.

Minggu ni mengejar masa siapkan fail dan kelas. Tension berganda bila masa yang ada tapi ada meeting. Tension berganda bila fail lebih penting kena buat tapi tetiba kena suruh hias dinding. Kalau fail tak siap kena marah dengan pemantau, kalau dinding tak siap  kena marah dengan _ _. OK.aku gembira sangat.

Tidur malam tak lena pikir benda apa lagi tak settle dan rasa malam tu nak tidur kat sekolah je..wah..semangat itu amat mulia. Sabtu ahad cikgu2 berkampung di sekolah pagi ke petang.

eh eh menawan betul fail pibg itu

and oh saya update juga kelas pemulihan ..'nasib baik' pemantau datang...kalu tak kelas aku mesti tak berupdate...

thanks Lurvely Lin sebab bagi info bahan.. Here


Bertambah debaran sebab pemantau ada di sekolah jam 7.00 hingga 12.30 tgh hari..nasib la kan kalau dia nak masuk kelas ataupun tetiba dipanggil dan kena jawab pasal fail..

'nasib baik aku tak kena'

fufufufufu

ok. pemantau masuk kelas aku dan tanya pasal LADAP. Tiba-tiba aku lupa sebab aku bajet dia tanya pasal pemulihan. hahhahahah. ok. itu saja. lalalalala.Muka blur aku terserlah di situ.

dan horreeehhhhhh!!!...malam tu tidur lena!!!

harus la aku celebrate dan qada makan!

 soup..y u so oily?  y u no like me?



Tuesday, February 14, 2012

huru hara hari hari

minggu depan ada pemantauan

semua cikgu stress

kemaskini fail, kelas, sekolah...

huhuuuuu..


banyak nyer kerja..xde mood sebab kena tegur tadi...zasssss!!!

ahh! xde masa nak feeling2. Hari nie kemas kini fail2 sampai muntah.

bye.



dan berlambak lagi....sobs

Monday, February 6, 2012

random

aku sepatutnya sedang kemaskini fail pibg

aku sepatutnya siapkan data murid

aku sepatutnya buat bahan mengajar

aku sepatutnya berjoging

tapi....

dah lama tak conteng.bye.


Sunday, February 5, 2012

Oh Volleyball

i'm back!!!

Balik awal sebab kalah.hahahaha.
Berkumpul di Gerik katanya 2 petang. Jam 2.05 dah terpacak di situ. Tapi awal awal lagi dah tau mesti gerak lewat sejam. Jangkaan ku tepat. Tepat jam 3 bertolak dan sampai di SMKAB jam 5.30 ptg. Not bad.

Sepanjang pjalanan cuaca panas terik dan bising. Budak2 Tasek ni stail dorang cakap macam menjerit. Walaupun kawan tu dok sebelah dia je. Cuping telinga mesti tebal untuk survive dalam kereta ni. Dan mesti bersabar sebab dorang pasang lagu siam sambil berkaraoke. Orang yang first time jumpa and talk dengan dorang mesti ada rasa 'awwww...anyonyonyoooo sweet nye budak2 siam ni...best nye dapat dengar dorang cakap siam..bla bla bla......' (aku dah biasa dengan reaksi ni)



Budak2 nie jugak alergic aircond. pffft. Aku cuba bersabar dengan panas maksima tu tapi argghhh!!! pasang aircond. Tak sampai 5 minit semerbak bau minyak cap kapak. Cissss!! Dah tu pulak kena layan budak2 yang excited dengan tegur setiap benda.

'cikgu! ada binatang mati kena langgar!
'Cikgu! hujan leeww..'
'Cikgu!Kenapa cikgu lain tak ada di belakang?
'Cikgu! potong kereta tu cikgu!
'Cikgu! Cikgu!Cikgu!

3 jam perjalanan. Seribu soalan. Jangan cuba tanya soalan balik pada dorang. Cuma jawab 'hm'  'entah' 'ok' saja untuk selamat.  fufufufu.

Selesai pendaftaran dapat dorm tingkat 3. Emm..not bad. At least ada gak aku bersenam naik tangga. Unfortunately kongsi dorm dengan student and guru sek menengah. Bayangkan serabut dan bersepah dan bodies berteraburan. Malam pertama aku menyumpah. Betul2 tak selesa walaupun aku ada katil sendiri. Kalau orang yang dah biasa bergelimpangan memang la tak de masalah. Mungkin sebab aku biasa dengan privacy so secara tak sengaja aku terbagi renungan membunuh pada setiap sampah, barang atas katil, tilam cadar selimut atas lantai, botol air dan  dalam dorm sempit tu suasana bising macam tengah berdiri di pasar malam. Malam tu langsung tak leh tidur.No words can described my feeling. Kenapa la cikgu sek men ni tak cari inisiatif cari dorm lain. Kenapa la aku tak beli mp3 so aku tak perlu dengar kebingitan ini. Whatever.


Next day game mula tengah hari. Bawa budak2 ni pergi Tesco. Tengah enak pilih roti tetiba ketua call "mana players? game dah nak mula ni? Eh, bukan pukul 12.30 ke?? Taklah!jam 11 dowh! NOW! Aku berlari dalam Tesco cari budak2 yang entah ke mana. Mesti securities tengok gelagat aku dorang gelak tebahak2. Loser. Terus pecut ke stadium. Kesian. Tadi ada di Tesco tetiba ada dalam gelanggang. Tak sempat warming up pun. 

Kalah.

Tapi tak leh balik kampung lagi. Ada 1 game lagi next day. Bayangkan 1 hari 1 game je. kat sekolah tu tak de kedai jual makanan. Budak2 asyik merungut lapar. Nama pun budak mana leh duk diam. Aku balik dari toilet dorang dah berdiri atas katil 2 tingkat nak main terjun2. Ape kah magik ini. Tak cukup itu dorang main kejar2 dalam bilik. Lepas tu sembang, lepas tu makan lepas tu bising. Nak bawa dorang main kat luar panas terik, dah tu lak mana leh aku dok dalam bilik biar dorang main kat luar. Macam biar anak ayam dimakan musang. wah wah.

  Pratthanaa tetiba suka sangat pakai tudung. Pergi makan di kantin pun pakai tudung.

suksuni: Cikgu, tak panas ke pakai tudung?
 le me: kadang2 rasa panas. tapi bila dah biasa tak rasa apa pun.
suksuni: saya tengok cikgu pakai rasa panas lauu..cikgu pakai lagi panas lauu...memang tak panas ke? (tabiat dorang tanya benda sama banyak kali)
le me: panas lagi api neraka.
...


Nasib baik next game 8 pagi




maybe it's time for a new camera.

best betul tengok sek men hulu perak main. Tak minat volley ball pun leh jadi suka. dorang menang.

sebelum balik ronda ronda kota raya dulu. 



yeah, selamat sampai di sk tasek jam 6 petang. Aku sambung drive balik kampung. Sampai rumah terhoyong hayang macam orang mabuk.

sekian, nite!.




Wednesday, February 1, 2012

go go


Hari ni bertolak ke Manjung. Perlawanan bola tampar peringkat negeri. Aku kalau tak bawa semua beg memang tak sah.

bye.