Saturday, November 24, 2012

Cerita aku


hey hey hey

baru nak mula bercuti. Minggu pertama cuti sekolah semua orang sibuk merancang nak buat ini itu pergi sana pergi sini tapi aku dan rakan sejawat stress gila uruskan program. Bukan program sekolah pun tapi buat mengalahkan program sendiri. Saper tak nak jaga nama baik sekolah kan. Oleh itu berkorban lah jiwa dan raga dan harta dan masa untuk kerja (kerja luar). Pada awalnya memanglah merungut sebab banyak benda tak kena lagi pun libatkan banyak pihak dan kalau silap sikit habis busuk nama sampai mati. Biasa la manusia, baik setinggi gunung orang tak ingat, silap sikit orang ingat sampai bila bila. Aku pun masuk kategori tu. wahahaha. 

Tapi in the end, wow walaupun tinggal kami bertiga, kami boleh bertahan sampai akhir. Masa tu mental fizikal memang dah -0. Soobbsss.. 


kelas bertukar rupa lagi. selain jadi kelas boleh jadi tmpat mesyuarat, bilik operasi, bilik pertandingan, bilik panik, bilik sejuk ..what u expect from sekolah kecil.lalalala

malas la pulak nak story pasal kerja. lain kali lah.  




great. start school holiday dengan menjamah makanan berlemak bermanis dan segala ber-!. Nanti buka sekolah tahun depan semua orang tak kenal rupa aku.


habiskan masa bermain dengan Farel. yeay !


Thursday, November 15, 2012

omnomnom


bila stress...makan!
Keluar dinner with ma bff yang bercuti seminggu. Best kau jah banyak cuti. Jangan lupa cuti kau dah over limit. Entah berapa bulan lagi boleh jumpa. Nice lepak dengan kawan makan2.. gossip.. makan..gossip..makan.. well dia sorang je la kawan bujang dan berjiran dengan aku pun..yang lain dah berada di fasa kehidupan lain. ~~ goodbye my friends..~~~





tak cukup dengan bff , lunch pula dengan mak abah. wuhuu.. ini bermakna tekanan perasaan sangat teruk . Kalau boleh mesti makan macam ni selama 15 hari berturut turut. 


back to reality. selesaikan program.yeah.


Tuesday, November 13, 2012

Sony Nex




dulu...aku suka betul kamera slr, dslr. Masa aku sekolah menengah bapaku ada kamera slr dan dia turunkan ilmu pasang filem, fokus dan lain2 function kamera yang aku dah tak ingat dah. Masa tu orang dewasa je yang pakai kamera macam tu. Ye la famili kategori sederhana so cuma ada kamera slr untuk ku bawa masa lawatan sekolah. Bukan kamera aku pun,kamera pak aku. Orang lain bawa kamera filem kecik aku bawa kamera gedabak. Klau zaman sekarang nampak macam hipster la jugak. Tapi zaman dulu ... ermm..entahla.  Perkara paling benci dalam memori aku ialah aku snap gambar orang ok je..tapi bila passing kamera slr kat kawan aku..hancuss...semua gambar aku blur..kiranya itulah lawatan sekolah dengan kamera slr yang paling frust..bersemangat pergi kedai nak cuci gambar tapi semua gambar aku blur. Buang duit.

Tapi angan angan mat jenin aku ni tak stop di situ ye kawan2. Aku berhajat sangat nak pakai kamera pro atau semi pro. Melihat ramai remaja menggalas dslr di bahu seolah olah membeli dslr seperti membeli sepasang kasut Hush Puppies masa bukan sale membuatkan aku dah tak teruja dengan dslr. Lagipun ia tebal besar berat warna tak menarik bla bla blah..cehh mentang2 beli yang slim sikit ngutuk je kamera lain ek. forgive me. Tapi aku tetap suka dslr cuma aku malas mengendong saje.

so minggu lepas pergi survey. Target aku kamera semi pro function and kualiti dslr, slim, color menarik dan boleh flip screen. Apesal nak flip screen? sebab kalau travel sorang2 dan aku malas nak layan ayat ni bila aku minta tolong ambil gambar-
' eh..saya tak tau nak tekan mana' 
'ni macam mana nak ambik gambar ni?'

yeah.that's why. so lepas ni aku flip screen dan selca je. Aku berkenan juga dengan kamera Yuna tu tapi masa survey habis semua kamera best best dirembat orang. Mungkin sebab kenduri kawin kot ramai orang duk pulun beli kamera. Mulanya aku nak ambil Nikon J1 dan nasib baik aku teringat pasal flip screen so cik abang tu promote Sony NEX. yes. you belong to me. lalalala






aku pun dalam proses belajar lagi. kalau kamera lain funcion semua dah ada catat kat body tapi yang ni kena cari di screen. so far yang lain ok. yang penting itu kamera. hahahaha.







lalala...pink! bye <3





go camp and cramp


Assalamualaikum. Hai.

 Dah start cuti sekolah ke? Kenapa aku masih berulang alik sekolah dan bergelumang dengan surat surat ..?? nanti! surat? adakah aku kerani? cikgu? kerani? tukang cat? kuli batak? katak? keroro? pororo? 

Tahun ni aktiviti perkhemahan pergi Gua Gendang! Dah 5 tahun aku mengajar kat kampung nie..Gua Gendang tu pulak jauh 2km je..tak kesampaian aku menjenguk pintu gua and finally tahun ni dapat pergi..!! oohyeayea. Apakah sebabnya aku tak pergi? sebab tempat tu dalam hutan lah..orang kampung sendiri pun tak pergi apehal aku nak jelajah sesuka hati di situ. Dah la tempat tu dipuja puja. Tapi memang ramai la orang luar datang berrekreasi kat situ. Tak pe, korang tak tau cerita sebenar. hihhiiiiiihiiiiiii...






Mak mak yang sangat kuat. Umur muda sudah beranak pinak tapi bertegas nak berjalan pergi ke gua. Wow.. aku....tak ...sanggup.. kami galakkan dorang naik motor so tak la  diorang penat nanti balik rumah nak kena memasak pula tapi dorang tak mau.. soobbbs..aku nak mula dari sekarang. Mula dengan beli beg galas dulu.











mulut gua


tiada gambar aktiviti esoknya sebab aku bertolak balik kampung jam 4 pagi..wo hoooo sampai jam 5.45pg...woohhoooo 

Aku pun tak masuk ke mulut gua tu. Lagipun dah lewat.Dekat Maghrib dah pun. Kepada yang berminat menjelajah gua ni , korang pergilah and just make sure jaga mulut korang tau. hahaha. eh, tempat dalam hutan memanglah kena jaga mulut dan lagi lagi tempat yang disembah dan dipuja. Sorang mak cakap sebelum murid murid ni masuk gua dorang dah pergi jumpa tok sami untuk upacara sembahyang and diorang percaya ada 'semangat' kat situ .... jeng jeng jeng



bye







Saturday, November 10, 2012

101112



wohoooo!!

101112

10 11 12

10 11 2012


i need more chocolate 


 kek durian



aku dalam proses terapi mengawal perasaan marah dan stress. forgive me. 

nice date



Sunday, November 4, 2012

Pendek


Oh hi there my love i miss u so much kekekekek . No. Not you readers.
Entri semakin pendek. Maafkan kecomelan ku. Malam ni kena buat surat dan minit mesyuarat dan tonton tv dan lain lain. Hati runsing. Bye.




Friday, November 2, 2012

daebak


hoi terbusy lah pulak . Baru nak update blog citer ntah ape ape ntah tetiba datang kerja seperti taufan Sandy. Kerja lain tak habis lagi datang pula yang lain. Hmm. Best. shit jerawat batu time ni lah nak nyebok.
Ok aku harap sangat dapat makan best best sedap sedap so aku boleh lupekan semua keserabutan ni. Nampak cool eh tapi otak serabut. Tengah bersembang pun boleh pikir balik nanti nak makan apa ek. Adakah saliva ku meleleh tanpa ku sadari? tap tap tap burger king...subway...pizza... nyumnyum..
akan ku update setelah selesai semuanya. 



nah gambar farel digging his nose


nite.