Friday, November 1, 2013

Kerja kerja kerja


assalamualaikum

busy sekarang ni. bermula dengan kursus selama 4 hari..sedia bahan untuk taklimat ibu bapa..hari sukan..hantar data.. kursus lagi.. hantar data lagi..dan hari cuti ni sepatutnya siapkan rumus data,laporan,update blog pibg, prestasi tahunan, minit mesyuarat tapi aku dok melangut depan tv. dah tahu kerja banyak tapi rasa tak mau buat. buruk perangai.


aku bukan la budak cerdik nak ingat pelajaran masa sekolah rendah dulu sampai sekarang. tup tup kena kursus muzik. perghh. berbelas tahun tak pegang rekoder kena main rekoder, baca nota muzik dan nama alat alat muzik. terbengong sekejap sebab semua sumbat dalam 3-4 hari. tapi dorang semua sempoi dan presentation dalam bentuk persembahan gerakan..ok la tu daripada kena bercakap..kuang3..akhir kursus siap karok n celebrate besday cikgu and JU lagi..



latihan beza huruf b,d,p,q

 lepas tu kursus pemulihan plak..member batch maktab dulu dah jadi JU..aku jugak ke laut..kuh kuh..ramai cikgu pemulihan dah lanjut ke Master..inshaAllah giliran aku buat master menyusul..amin.  


dorang cerita kalau buat bahan kad perkataan jangan buat kad yang bercorak bagai. Kalau boleh biar kad simple gila sebab corak2 tu mengganggu perhatian dan tumpuan murid nak baca. Kadang2 kita cikgu2 ni syok je buat bahan cari gambar kartun bunga kalau boleh semua gambar nak sumbat tapi budak yang lemah memang sakit mata dan kita sakit jiwa bila budak tak boleh ingat apa yang dia baca sebab budak bagi tumpuan pada corak2 tu...


lepas tu kalau hiasan kelas pulak, jangan tampal segala bahan di bahagian depan sebab ganggu tumpuan murid bila kita mengajar guna blackboard, mata murid pandang keliling blackboard sebab banyak bahan keliling tu..kalau nak letak, kena letak jarang-jarang...jangan rapat2 dan padat.. macam kelas haku



jumpa thiraphat masa gotong royong hari sukan.. budak yang masa dulu aku dok kapok, geletek, rotan, cubit, sampai dia pun tersasul panggil aku 'mak' , dah besar tinggi...tapi sayang dia dah berhenti sekolah menengah sebab lemah 3m.... masa sekolah rendah dia tak pernah ponteng walaupun teruk kena marah, esok tetap datang sekolah..aku rasa sikap dia sama macam di sekolah menengah..tak pernah ponteng..dalam ramai2 murid aku, aku paling kagum dengan dia..walaupun dia tak tahu baca tapi sikap dia bagus gila..dia tak peduli orang ejek dia tak tau baca, tak pernah ponteng, dengar cakap, bersopan, jenis tolong mak bapak, rajin...isk isk sebak plak..

tak apalah thiraphat...bill gates pun tak abis kolej.as long as thiraphat tak buat benda jahat (i know u won't) pandai cari duit (buat rumah) and happy, that would be enough.








2 comments:

amnad said...

Seronok kan jadi cikgu bila dpt lihat perkembangan mereka...bila di kenangi setiap masa..bila dh tamt sekolah masih ditegur disapa...

:-)

missN said...

hoho..tak semua murid macam tu..kebanyakan nya segan silu. tapi ramai yang cerdik2 dulu lost contact terus dengan cikgu2..kdg2 yg bayk masalah dtg tegur cikgu..=)