Thursday, December 31, 2020

Selamat Tahun Baru

 Assalamualaikum n hai again!

sempena tahun baru kan.. aku update lah sedikit blog aku sebagai kenangan 2020. sobs..

so far paling ketara perubahan aku sampai ke hujung tahun 2020 ni peningkatan berat badan lah.. huhu..masih tak move on ke ape aku nih.. nak jugak aku letak gambar last aku cekeding 2017. Tapi nanti promoter ubat kurus salah guna plak gambar..baik tak payah letak kan hihi..

Selepas ' pemerintahan baru' berat aku makin naik tak turun2.. aku tak boleh control stress. Lebih kepada emotional burnout. Sampai aku terpikir nak amik vape la, nak hantuk kepala la semata2 nak hilangkan sakit emosi tu ke physical pain..masalahnya fizikal pun out jugak..maka aku beralih kepada comfort food.. akhirnya aku ketagih.. boleh je aku kurus balik tapi lambat la sebab semua comfort food tu ada kat keliling aku je.. ditambah pulak dengan pkpb lagi la aku terperap dalam rumah mengunyah tengok tv lepas tu ada pulak food panda kat sini perghhh...kampung aku pun tak de food panda weh. padahal kampung aku lagi ramai pnduduk kot.

kesihatan aku sangat merosot ya..aku ni dari darah rendah 90+ dah naik sampai 115 aper citer weh.. kolesterol aku dari 5.99 ke 7.28! huhuhu.. sejak tahun lepas 3 kali aku  kena serangan senak dada macam wehhh nak mati ke ni ..apesal jantung aku sakit.. alhamdulillah aku ada spare pati delima cepat2 telan terus ok.. tahun ni kena lagi serangan ni tambah dengan sakit kepala cepat letih.. belum masuk 40 dah sakit kronik ni bahaya betul.














favourite place aku joging..masalahnya sini sunyi sangat..aku tak boleh joging sorang2..


apa pun alhamdulillah untuk tahun ni.. ada setengah benda aku tak boleh mention dalam blog nanti jadi isu..walaupun aku teringin sangat nak luah. Banyak Allah dah bagi kat aku tahun ni...syukur sangat.. 


Jumpa lagi tahun depan. Harap kita semua dapat survive.. buatlah persiapan sebaik baiknya..untuk dunia dan akhirat..


Kalau saya ada salah silap dan buat y'all tersinggung dalam comment atau content harap maafkan saya ye..


Bye!




Tuesday, December 22, 2020

Cuti yeay

  Assalamualaikum and hi again.

Yeah baru selesai hantar fail segala.. cuti 15 tahun pun tetap 4 hari sebelum kena hantar tugasan baru terhegeh-hegeh nak buat...

cuti sekolah tapi macam biasa tak bercuti jugak.. kena buat persediaan awal tahun depan lagi mencabar.. kesiannya murid tahun 1 abis la blur terus tahun depan...

tak ada apa nak update sebab kehidupan aku tak happening sangat. Aku lepak dalam bilik scroll insta pun rasa best dah..jenis tak bersosial begini lah huhu..


kedai buku 


susah nak jumpa roasted seaweed ngan marshmallow yang halal.. alhamdulillah kat kampung aku ada kedai bakeri  muslim so sangat la yakin beli produk2 situ.

kedai eco. 
magic betul kedai eco ni.. pen tu aku pernah beli kat kedai buku punya la mahal..sekali ha hambik kedai eco pun ada jual..


selesa betul face mask ni...macam artis2 korea duk pakai tu huhu.. aku beli kat Sasa online.. 
5 keping RM30 ... kain mask ni jenis lembut tak kasar kena kulit muka..nak bernafas pun selesa..biasala pakai face mask 3ply tu kadang2 mulut kering berbau jugak kan...tapi face mask ni serius! tak bau langsung! lepas tu korang boleh feeling artis korea..

ular peliharaan aku dah makin besar...hahah..nyaris aku kena patuk time menebang pokok .. betul2 kat kaki aku dah..

jemput breakfast.. 


hmm itu jela kisah kehidupan aku.. aku update lagi nanti kehidupan aku yang bosan.

ok bye!

Thursday, December 10, 2020

Liku liku kehidupan

 

assalamualaikum dan hai!

saja la aku buat semak blog aku ni dengan gambar tak berfaedah.








tengah usaha praktis lukis.. aku rasa dulu aku lukis ok je.. tapi kenapa sekarang macam teruk bebenar.. paling aku frust benda yang aku imagine tak keluar pun atas kertas... hmm...

aku dapat peluang melukis ni pun sebab sekolah tutup. kalau sekolah macam biasa memang mereput la semua barang lukis aku nih. Sementara tunggu turn kelas online, kita praktis lukis dulu deh.


 berkenan sungguh la ular dok menempek kat rumah aku.. bukan banyak pun pokok kat rumah aku ni.. pasu pun boleh kira sampai jari kaki. Nak jugak lepak dalam pasu bunga aku.. segan aku dengan jiran-jiran..rumah dorang tak ada pula sibuk nak panggil jpam bomba bagai tangkap ular.. rumah aku ni  mau nya setahun 2-3 kali panggil jpam. Aku bela dulu la kot menatang ni.. orang lain sibuk bela kucing, aku bela ular.



hebat hangpa bts noh.. bolot abis semua anugerah.. lain kali aku story plak pasai bts. 

bye!






Tuesday, December 1, 2020

hi again

 

assalamualaikum and hi again..

lama pulak aku tak bersiaran. hm

kehidupan pkpb macam biasa.. kelas online.. buat bahan mengajar.. buat rph.. siapkan apa yang patut..  

masa terluang ..yes banyak betul masa terluang sebab pkpb tak boleh pergi memana kan.. pusing pekan kroh ni 5 minit dah habis pusing.  maka masa terluang itu aku kemas lagi rumah aku yang berlambak sangat barang dah macam kedai eco hardware.. 

apa ke benda la yang aku dok beli selama ni aku pun tak tau.. tapi yang bestnya bila aku nak repair rumah, semua barang ada. tak payah 2 3 kali pergi kedai huhu

masa untuk mengemas buku yang dah penuh rak. aku perlukan rak buku baru tapi macam dah penuh je dinding rumah aku ni.








i m sorry books..i had to put you everywhere..









kena praktis lagi
 


super expensive



jom studi



bye!





Tuesday, November 10, 2020

miss you

 

Assalamualaikum and hi again!

Salam PKPB

Rindu pulak nak berleter kat murid aku. Macam release tension jugak bila dapat membebel bergaduh mulut dengan murid Tahun 1 ni. Ada pulak seorang murid aku yang faham bahasa sarcasm maka interaksi kami lebih menarik =) lol.

masih meneruskan habit beli buku terpakai.. sebab bbw dah takde kan.. nak beli online sekarang duit pun dah ciput. Kesian sungguh tengok budak2 tak kenal dunia luar..ada jugak mak bapak yang banyak duit rajin bawa anak keluar jalan2.. kadang2 melancong ke Thailand sampai seminggu.. ada jugak yang tak pergi ke mana langsung..

bila tengok gambar dalam buku je terbeliak biji mata sebab kagum. Ada beza budak yang terdedah dengan dunia luar dan budak yang terperap dalam kampung.. cara terbaik aku boleh bagi ialah sediakan buku bergambar planet, alam,craft dll..dah la tak keluar.. buku pun tak da.. dah 4 tahun kot sekolah aku tak buat rombongan..sebab ada orang tak suka..hahahah..







disebabkan aku jeles tengok ig fan bts punya bilik pergh lawa gila maka aku pun beli rak ni supaya boleh letak merchandise bts. hihi

ok bye.

Monday, September 21, 2020

Ahem

 assalamualaikum and hi!

aku pegi tengok movie Break The Silence .. BTS huhu

dalam pada kereta kat bengkel sempat lagi booking tiket wayang bts.

dah lama tak pergi tengok movie cuak sikit. Tapi takpe la, penonton movie ni of course la semua perempuan kan... 

sampai je depan hall movie tu pergghhhh die hard fan bts perghhh macam beratur nak masuk stadium tengok konsert pulak.. aku rasa aku je terkulat sorang2 kat situ macam hmmm haruskah aku excited macam diorang huhu.. dapat rasakan ketuaan aku di situ..

masa menunggu tu aku nampak la seorang girl ni macam ketua fanclub camtu tengah edarkan free gift kat girls yang datang siap pakai merchandise bts... aku dok kerling2 tengok dia bagi kad gambar segala perghhh.. 

aku terpacak kat situ kenapa dia tak bagi kat aku weh? haruskan aku pasang ringtone bts kat hndphone ku ? hahahahha

tapi still aku tak puas hati sebab semua orang dapat tapi aku tak dapat.

pastu bila ketua fanclub tu datang dekat aku dengan muka tak malu p mintak free gift tu hahahhahaha

tak malu sungguh.

pengalaman menonton movie Break The Silence? hmm tak de feel sangat sebab semua penonton dalam tu bersorak macam tengok konsert. baju jimin terselak sikit nampak perut, semua wiiiieeeeeee...... 

bila close up muka taehyung ngan jungkook semua nya aaawwwwwww...

hmm

ok aku faham. 





ok bye!

Wednesday, September 16, 2020

Lagi?

 Assalamualaikum and hi semua!


so hari ni aku cerita sikit kisah aku accident untuk kali ke berapa ntah la..dah berapa balai polis trafik aku pergi buat report accident kelakar la pulak bila ingat balik...

 tapi aku aware dah risiko aku berulang alik kampung jalan jauh ni macam2 boleh jadi kat tengah perjalanan.. redho je lah kan.. dulu adik beradik aku semua duduk jauh2.. kiranya aku la paling dekat sejam setengah perjalanan balik kampung uruskan mak abah aku sebab bapak aku tak boleh drive dah sejak kena minor strok. So kadang-kadang aku balik kampung 2 kali seminggu.. lepas abis sekolah hari jumaat memang hilang la aku kat kroh ni..bawak kereta mata terpejam mengantuk ... nyaris2 langgar babi.. jalan licin terbabas masuk parit... hmm..

aku on da way balik ke kroh..hari ahad la kan..masa tu hujan renyai.. berderet la kereta depan aku dalam 6 biji kereta.. masing2 steady 70 km..jalan raya besar.. sambil layan lagu bts aku toleh tepi kejap.. toleh je depan kereta depan betul2 dah depan mata aku .. aku brek tapi kereta aku terus menggelungsur hentam kereta depan aku.. wahhh... bunyi dentuman tu perghhhh dah la masa hentam kereta depan tu aku tak pejam mata ke apa.. trauma sikit.. sikit je la.. lepas hentaman tu kereta aku tergelincir ke tengah jalan.. alhamdulillah tak ada kereta dari arah depan mai hentam pulak kereta aku..

tapi part best ialah kereta yang aku langgar tu tak berhenti pun.. aku kat tengah jalan tu  tak boleh brain tengok kereta tu blah macam tu je.. padahal aku dah langgar dia kot.. aku pun tak hafal no.plate dia dah la ujan berkabus... pelan2 aku undur kereta aku ke tepi kang tak pasal kereta lain hentam pulak..

turun kereta ja omg kereta aku wehhh sedehhhhhh... aku takde spare kereta lain wehhhh..camana aku nak pergi kerja wehh..lelaki kereta yang follow belakang aku berenti tanya..kak ok ka..camana boleh langgar.. tertidur ke... omg aku tak tidur ok.. 

macam biasa aku snap gambar kereta la weii cari jugak kot2 ada bekas minyak kat situ sebab brek pun xjadi apa ... lepas tu masuk kereta jap call kak aku..tgh call datang towing..  dia rekemen aku hantar ke perodua juru sebab kereta aku masih waranti insuran cover..dia tolong bawak pegi balai .. settle.. 

kak aku sampai bawak aku balik rumah.. settle.. hmm alhamdulillah walaupun accident tapi smooth je urusan.. 


alhamdullilah jugak kereta aku tak remuk teruk..walaupun dentuman tu sampai sekarang main kat telinga..

proses insuran seminggu lebih..tunggu barang ganti sampai kat bengkel perodua..proses cat dan polish ..cukup sebulan..

rupanya kat area jalan ni banyak kali orang accident..terutama time hujan.. ntah la..dah 13 tahun aku ulang alik guna jalan ni tak pernah lagi aku jumpa orang accident area ni.. sebab tu aku rasa jalan ni selamat..rupanya ada yang accident sampai total lost..hmm

bila fikir balik dah kali ke 4 aku accident masa hujan.. tak apalah..pengalaman bawak kereta kan.. kadang2 kita dah berhati2 kalau dah orang lain nak hentam, kena jugak.  

ok.. korang pun hati2 la bawak kereta tu.. jangan jadi macam aku hahaha

bye!



Wednesday, September 2, 2020

Hai

 assalamualaikum and hi  semua!!

lepak dengan bff 



teman dia beli kereta jap macam p kedai beli seluar sukan. sooobbsss



bawak dua ketul ni menikmati kehidupan.


pening pulak aku dengan lay out baru blog ni. terkial kial aku yang buta IT ni nak update life. Lain kali la ye aku update lagi..nak tidur di bawah timbunan kerja sekolah yang aku malas nak buat.


bye!



Sunday, July 26, 2020

Karipap


assalamualaikum and hi!


ah rindunya nak update blog walaupun takde content yang berfaedah untuk korang baca. Maaflah ye.
kerja pun dah bertimbun sekarang.  Sebenarnya memang bertimbun dari dulu tapi itulah ..hmm


hasil kerja murid masa pkp kelas online..





sebelum murid buat cikgu kena la buat dulu. ambil gambar step by step 


benda asas cikgu kena ada. Schoolmate baru pindah sini cakap sepanjang 8 tahun dia mengajar di sekolah lama tak pernah sentuh mesin laminate.. sampai sekolah aku kena berlaminate bagai (-._-"") sekolah lama dia nak guru fokus mengajar je.. hiasan bagai ni letak belakang okeh



first day murid Tahun 1 ke sekolah after pkp. Sesi makan di kelas. Dah agak benda macam ni berlaku maka segala tisu kain plastik dah aku sediakan.


hari ke-3.


kisah karipap.

aku tengah menikmati makan pagi dengan murid-murid aku.  Tengah nikmat menyuap datang sorang murid lelaki ni bagi kat aku tupperware rmt dia yang ada dua ketul karipap.

Charan : Cikgu, saya tak mau kuih ni.

Aku: Laa.. kenapa? tak kan nak buang kut.. Membazirnya.. Ada tak sape2 nak karipap ni?? ada 2 ketul ni!!

Semua geleng.

Aku: Ala.. kamu makan la Charan.. Sikit je lagi..Ke kamu nak bawak balik. Masukkan dalam plastik.
\
Charan: Tak mau cikgu. Cikgu ambil la.

Aku: Ala..macam mana saya nak kurus ni Charan.. kalau 10 orang buat macam ni gemuk la saya

Aku pun ambik jugak la sebelum dia pegi campak dalam tong sampah.

Baru nak pegang kuih, si Naremon sergah aku

Naremon: Cikgu!! Cikgu tak takut covid kee??? Tak boleh kongsi makanan nanti kena covid!! Nanti cikgu makan, cikgu uwerhhhghghgh (gaya zombie)


me


baru 3 hari sekolah dah ajak gaduh.






 cr pic:google