Thursday, December 31, 2020

Selamat Tahun Baru

 Assalamualaikum n hai again!

sempena tahun baru kan.. aku update lah sedikit blog aku sebagai kenangan 2020. sobs..

so far paling ketara perubahan aku sampai ke hujung tahun 2020 ni peningkatan berat badan lah.. huhu..masih tak move on ke ape aku nih.. nak jugak aku letak gambar last aku cekeding 2017. Tapi nanti promoter ubat kurus salah guna plak gambar..baik tak payah letak kan hihi..

Selepas ' pemerintahan baru' berat aku makin naik tak turun2.. aku tak boleh control stress. Lebih kepada emotional burnout. Sampai aku terpikir nak amik vape la, nak hantuk kepala la semata2 nak hilangkan sakit emosi tu ke physical pain..masalahnya fizikal pun out jugak..maka aku beralih kepada comfort food.. akhirnya aku ketagih.. boleh je aku kurus balik tapi lambat la sebab semua comfort food tu ada kat keliling aku je.. ditambah pulak dengan pkpb lagi la aku terperap dalam rumah mengunyah tengok tv lepas tu ada pulak food panda kat sini perghhh...kampung aku pun tak de food panda weh. padahal kampung aku lagi ramai pnduduk kot.

kesihatan aku sangat merosot ya..aku ni dari darah rendah 90+ dah naik sampai 115 aper citer weh.. kolesterol aku dari 5.99 ke 7.28! huhuhu.. sejak tahun lepas 3 kali aku  kena serangan senak dada macam wehhh nak mati ke ni ..apesal jantung aku sakit.. alhamdulillah aku ada spare pati delima cepat2 telan terus ok.. tahun ni kena lagi serangan ni tambah dengan sakit kepala cepat letih.. belum masuk 40 dah sakit kronik ni bahaya betul.














favourite place aku joging..masalahnya sini sunyi sangat..aku tak boleh joging sorang2..


apa pun alhamdulillah untuk tahun ni.. ada setengah benda aku tak boleh mention dalam blog nanti jadi isu..walaupun aku teringin sangat nak luah. Banyak Allah dah bagi kat aku tahun ni...syukur sangat.. 


Jumpa lagi tahun depan. Harap kita semua dapat survive.. buatlah persiapan sebaik baiknya..untuk dunia dan akhirat..


Kalau saya ada salah silap dan buat y'all tersinggung dalam comment atau content harap maafkan saya ye..


Bye!




No comments: