Sunday, April 29, 2012

Beautiful Maria Of My Soul



Kisah kali tentang pengalaman seorang pengamal perubatan islam iaitu darul manzil...kisah benar yg aku rasa agak menarik untuk kita baca. lagipun kalau korang ada masalah berkaitan ngn makhluk halus leh jupe dia..hebat betul

Saya didatangi sepasang suami isteri bersama anak remajanya yang berumur 16 tahun. Si ibu memulakan bicara mengatakan bahawa anaknya kelihatan pelik sejak beberapa bulan ni. Kata si ibu, anaknya selalu menyanyi lagu inggeris terutamanya selepas jam 12 malam. Bapanya pula mencelah mengatakan bahawa anaknya tidak tahu berbahasa inggeris dan lembap dalam pelajaran.

Tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, pelajarannya meningkat secara mendadak dan ia turut mengejutkan guru-guru disekolahnya. Seringkali juga si ibu mendengar anaknya menangis selepas menyanyi lagu inggeris tersebut.

Jika dilihat secara fizikal, tiada apa-apa yang pelik pada anaknya. Setiap soalan yang saya tanyakan juga dijawab dengan jawapan normal. Untuk tidak menghampakan kedua ibu bapanya, saya rukyah anaknya dengan rukyah asas yang selalu di amal RIDAM.

Selepas membacanya hampir 10 minit, kelihatan kaki dan tangan remaja menggeletar. Pernafasan remaja tersebut semakin kencang.

Saya: Dengan nama Allah, siapa kamu wahai hamba Allah?

*Tiada jawapan..Maka saya ulang soalan sebanyak 3 kali..

Pesakit: Nama saya Antony. Apa yang kamu baca sampai saya rasa begini tenang?

Saya: Saya hanya membaca ayat Al-Quran. Kamu tak pernah dengar bacaan Al-Quran wahai hamba Allah?

Pesakit: Pernah. Tapi ayatnya sejuk. Kebanyakkan yang saya dengar, badan saya sakit.

Saya: Ayat mana yang kamu terasa sejuk tu?

Pesakit: Saya tak tahu nak baca, tapi ada nama Ibrahim dalam ayat tu.

Saya: Oh..itu ayat yang mengisahkan peristiwa Nabi Ibrahim A.S ketika hendak dibakar dengan api. Tapi api itu sejuk dengan izin Allah dan tidak membahayakan Nabi Ibrahim..

Pesakit: Kenapa Ustaz tak bakar saya macam Ustaz lain.

Saya: Ustaz lain?

*Kemudian saya bertanya pada ibu bapa remaja terbabit dan RIDAM adalah pusat rawatan ke-3 setelah sebelum ini berubat dengan pusat rawatan di Utara dan Kuala Lumpur.

Saya: Wahai hamba Allah. Bukan tujuan saya nak bermusuh dengan kamu dan saya juga tidak mahu bersahabat dengan kamu. Tapi saya menghormati kamu sebagai makhluk. Saya seperti makhluk yang ada dalam dunia ni seperti manusia, jin, tumbuhan dan haiwan. Tapi apa yang kamu lakukan pada anak remaja ni salah. Kenapa harus 'duduk' dengannya? Kan kamu boleh hidup bebas. Adakah kamu bertuan?

Pesakit: Saya tidak bertuan. Saya suka dengan budak ni sebab dia baik. Saya juga kesian sebab tengok budak ni selalu kena buli dengan budak-budak sekolah. Mak bapak dia pun selalu marah dia sebab dia bukan budak pandai...

*Seiring dengan itu jin tersebut menangis.. Sayu pula bila mendengar ceritanya. Saya juga melihat ibu bapanya serba salah bila nama mereka turut disentuh dalam luahan jin tersebut.

Saya: Antony.. boleh ceritakan dimana kamu mula mendampingi budak ni? Saya berjanji tidak akan berkasar kalau kamu bekerjasama..

* Pesakit mengangguk

Pesakit: Saya bukan dari sini (Malaysia) Ustaz. Saya dari La Habana..

Saya: Dimana tu..?

Pesakit: Di Cuba Ustaz..jauh...sangat jauh..

Saya: Dah tu, macam mana kamu boleh sampai sini?

Pesakit: Saya rasa nak merantau Ustaz. Oleh kerana saya tak boeh terbang, maka saya tumpang kapal. Banyak juga tempat saya singgah. Hinggalah saya menetap di Pelabuhan Kelang.
Saya dah menetap di sini dekat 10 tahun. Saya bersumpah Ustaz, saya tak pernah kacau manusia sehinggalah saya jumpa budak ni..

Saya: Ooo...macam mana pula kamu boleh jumpa budak ni?

Pesakit: Masa tu waktu petang. Saya tengok budak ni duduk sorang-sorang kat atas batu tepi Pantai Tanjung Harapan. Kesian saya tengok dia Ustaz. Kawan-kawan dia satu rombongan tak peduli dia pun. Saya tengok dia menangis. Masa tulah saya terasa nak kenal dia..

*Pada masa tu, ibu remaja terbabit mengiyakan bahawa anaknya pernah mengikuti rombongan sekolah ke Tanjung Harapan, Klang.

Saya: Kamu ke yang bantu dia pandai..

Pesakit: Ya Ustaz..Umur saya dah beratus tahun.. Saya pun pernah curi-curi belajar kat beberapa universiti. Antaranya University Of London... (dia menyebut beberapa nama universiti).. Tapi masa saya di University Al-Azhar, ada sorang Syeikh dapat tengok saya. Tapi dia tak marah. Cuma dia kata jangan ganggu orang.

Saya: Bidang apa yang kamu pernah belajar?

Pesakit: Macam-macam..Ada ekonomi, engineering, philosophy, fizik, chemistry dan yang paling saya suka adalah Math (matematik). I suka buat algebra..Sampai sekarang saya masih suka..

*Ibu remaja terbabit mengiyakan lagi..Memang anaknya tiba-tiba pandai dalam Matematik dan boleh bercakap beberapa bahasa.

Saya: Boleh saya tanya lagi wahai hamba Allah? Lagu apa yang selalu kamu nyanyikan tu?

* Seraya itu dia menangis...

Pesakit: BEAUTIFUL MARIA OF MY SOUL.. Itu kisah lama Ustaz..

Saya: Kisah lama? Boleh ceritakan pada saya?

* Dia menyanyikan lagu tersebut. Sayu mendengar suaranya. Ibarat kekasih menagih kasih..

Pesakit: Maria tu cinta pertama saya. Tiada yang awal dan yang akhir. Selepas dia ditangkap Raja Agira untuk dijadikan perempuannya, hubungan kami putus secara terpaksa. Lepas tulah saya merantau membawa diri. Sampai hari ni saya masih terkenangkan dia..

Saya: Siapa Raja Agira tu?

Pesakit: Dia raja jin di Cuba. Tak ramai yang berani melawan sebab dia berkawan baik dengan Raya Emiratus. Salah satu raja di BERMUDA TRIANGLE.

Saya: Erm, adakah kam rasa Maria masih hidup?

Pesakit: Naluri saya kuat Ustaz..Saya yakin Maria masih hidup...kenapa ustaz tanya macam tu?

Saya: Jika saya dapat melepaskan Maria dari genganggaman Raja Agira, mahukan kamu keluar dari jasad budak ni?

Dengan wajah yang gembira, dia mengangguk dengan gembira..

Saya: Baiklah..Saya tidak menyatakan janji. Tapi, saya akan berikhtiar.. Insyaallah, kalau diizinkan Allah, kamu ada dapat bertemunya sebelum tengah malam ni...

Pesakit: Betul ke apa ustaz cakap ni?

Saya: Semuanya dengan izin Allah...Saya akan cuba..

Saya tidurkan pesakit dengan membaca ayat tahiyat solat dan selawat tafrijiyyah. Kemudian, saya minta keizinan untuk solat hajat di bilik rawatan.

Di akhir sujud, saya membanyakkan bacaan ayat Hajat. Sesudah itu, saya duduk bersila dan membuat ritual Mata Batin bagi mengesan kedudukan Maria berada. Hal perjalanan rohani begini tak perlulah saya ceritakan kerana kisah agak panjang dan susah untuk difikirkan secara akli. Setelah berjaya menjejaki Maria dan mendapat keizinan Raja Agira, saya tamatkan ritual amalan. Lenguh dan bisa badan mula terasa. Syukur pada Allah, proses kebenaran dari Raja Agira berjalan dengan baik kerana dia juga Muslim.

Saya menjenguk pesakit di ruang rawatan.

Saya: Dengan nama Allah, bangun lah kamu dari lena.. Allahuakbar!

* Saya menyambung bacaan dengan ayat dari surah Az-Zumar:42 dan menepuk dahi pesakit perlahan-lahan. Pesakit bangun dan duduk berlunjur mengadap saya.

Pesakit: Terima kasih Ustaz. Maria ada disebelah saya sekarang. Tapi dia tak dapat saya sentuh. Hanya boleh lihat. Kenapa Ustaz?

Saya: Sebab kamu bukan Islam. Mahukah kamu memeluk agama suci ini?

Pesakit: Kalau kerana Maria, saya mahu memeluk Islam..

Saya: Kamu tak boleh masuk Islam kerana Maria. Saya khuatir, kamu akan murtad jika Maria mati. Semua makhluk akan mati wahai hamba Allah..

Pesakit: Demi Tuhan Islam, saya ingin menjadi Islam kerana hati Ustaz. Saya terpaut dengan apa yang Ustaz nyatakan. Bolehkah Tuhan Islam mengampunkan saya Ustaz?

Saya: Tuhan Islam adalah Tuhan seluruh makhluk di alam ini. Allah nama agungNya. Allah akan mengampunkan setiap hambaNya jika memilih kebenaran. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...

Pesakit: Macam mana caranya saya boleh menjadi Islam Ustaz?

Saya: Mengucaplah wahai hamba Allah...

* Saya menyuruhnya mengucap dan dia mengikutinya..

Saya: Sekarang, kamu telah Islam. Saya cadangkan kamu ke XXXXXXX... Ada kadi dari kalangan kamu di sana. Berkahwinlah dengan Maria dan moga kamu hidup dalam rahmat Allah.Mulai hari ini, saya gelarkan kamu dengan nama Abu Rahim (hamba yang penyayang).

Pesakit: Terima kasih Ustaz. Saya berjanji tidak akan mengganggu manusia lagi..

Sebelum keluar dari badan pesakit, Abu Rahim mencium tangan saya. Pesakit kemudiannya terpinga-pinga seperti baru sedar dari mimpi yang panjang....

Terpanggil dengan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Abu Rahim, saya melayari laman Youtube. Beautiful Maria Of My Soul...lagu cinta ala barat...

-----------------------------
In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away

Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away

On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face

Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow

Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul

Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change

And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul

Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul

--------------------------
Cr: kumbangjingga
Sumber:  http://darulmanzil.blogspot.com/





Fokus! Fokus!


Hello!


Sedang berusaha selesaikan project attack!  ye nama yang aku bantai bubuh untuk projek abm aku... best betul dapat buat bahan mengajar sendiri yang cantik yang kemas yang menawan yang bila orang lain tengok
 ' wah..buat la banyak2..pastu jual..mesti laku!

tapi aku sorang je cakap macam tu sambil usap kepala sendiri * hebat hebat

idea selalu datang lagi lagi kalau ronda kat kedai buku bahan bacaan pra sekolah, tahap 1 and tahap 2. Kalau beli pun memang  lagi bagus cuma kadang-kadang bahan mengajar tu tak sesuai dengan kemahiran murid atau pun tak sampai ke tahap p&p murid tu..so kalau beli jugak kang membazir je.. lagi-lagi kalau aku survey bahan tu tapi dok pikir 'eh boleh buat sendiri jugak ni'...   hmmpp! hampeh langsung tak buat.


tapi best jugak bila murid tegur:

-ini cikgu buat ke?
-yup
-cikgu rajin lauuu
-kene la rajin sebab nak bagi kamu pandai tapi kamu sendiri balik rumah letak beg terus pergi main malam tidur awal tak pun tengok tv sampai tengah malam kerja rumah tak siap pastu kat sekolah kena marah tapi esok buat lagi harapkan datang sekolah je baru nak belajar kamu ingat cukupke ha? ha? ha? 



cover perasaan kembang kuncup tadi dengan berleter.


sejak dua menjak ni aku mengajar dengan marah marah je. Aku tak tau kenapa tapi otomatik aku jadi macam tu. Aku faham murid aku ni memang lambat terima info, cepat lupa, lambat bergerak, halangan komunikasi etc dan biasanya aku cool je tapi tahun ni lainlah.


aku tak boleh cool dengan murid aku sorang ni sebab kalau aku cool masa mengajar dia pun ikut cool juga masa belajar. Maksudnye dia pun buat main-main je.. bila abis kelas macam tak belajar apa apa. Scary...... mengajar macam nak tercabut dinding tapi at the end of class murid lost memory macam tu je...bila tanya benda yang sama esok semua nganga. Aku teringin nak tengok orang bukan cikgu yang kata kerja cikgu senang tu mengajar kes murid macam ni. muahahaha..

Tau tak dulu orang cerita ade sorang cikgu ni (bukan cikgu pemulihan) kata 'ell lehhh...senang sangat mengajar budak pemulihan ni...ajar  abc je tu pun tak boleh ke..? cikgu pemulihan senang la ajar budak eja batu, ciku cili pastu bagi budak main. hmp, kalau aku sehari je budak tu boleh baca.

dan cikgu tu pun cuba ajar sorang murid pemulihan tu eja batu.
'aku tak boleh dah! aku tak tahan dah ! silap hari bulan tangan aku naik ke muka budak ni! eja batu pun tak boleh!!!

booomkabaaaboooommmmmm!!!!



Kes pemulihan biasanya murid cepat lupa, kurang fokus, hyperaktif dll. Jadi  dah biasa ulang 1 perkataan lebih kurang 10 kali dan menunggu murid tulis 1 perkataan tu ambil masa paling lama 5 minit dan kadang-kadang 10 minit. Deabak. Contohnya perkataan 'berenang'.


Guru:  * sebut 'berenang'
Murid: apa wa cikgu?
Guru: be-re-nang
Murid: berenang ke?
Guru: iye
Murid:* mula tulis  sambil sebut be-re-nang
Murid: * tulis ber-nang
Guru: saya sebut BE-RE-NANG. mana -re? dengar betul2. BE-RE-NANG. ada 3 bunyi.
Murid : berenang ke?
Guru: iyeeeeeeee
Murid: *tulis beranang
Guru: bukan...be-re-nang.....be-re-nang.....be-re-nang....cuba eja
Murid: be....re...na..... berenang!
Guru:  ..........

so perbualan ini ambil masa hampir 10 minit. Untuk seorang murid. Jika 3++ orang murid ??......

Tapi murid macam ni jugak yang sejukkan hati. Kadang-kadang ada harinya dorang terror. Boleh eja sendiri , buat ayat lengkap, jawab soalan semua betul..dan ada masanya dorang nak tulis huruf  G pun lupa. Dorang la buat teman bual cikgu pemulihan yang terperuk dalam kelas sebab waktu mengajar penuh.
Nevermind. That's why i'm here for you. cewah.





Jadi aku kena berusaha sediakan bahan mengajar! Hwaiting!!






dam suku kata...roda impian....buku selak....kad cantum....lalalala





but me today


Saturday, April 21, 2012

all time favourite


Hari ni cerita pasal makan. Mood makan menjadi jadi sekarang. Setiap hari plan 'hari ni nak makan ape eh....umm ayam? ..no no no...roti? ummm no no no.. tom yam..? cendawan goreng? 
ahhh!! makan semua lah!


begitulah dalam kepala otak aku hari hari lepas abis kerja.


Dan aku dah rajin beli sayur daging udang bagai sebab banyak benar plan nak masak. Masa di Shah Alam dulu selalu makan koteaw kungfu di gerai makan Seksyen 2. Memang sedap gila. Dah tu lak geng aku memang pelanggan tetap gerai tu. After few years baru nak cuba masak sendiri.dayyuummmmmm....
 'dah kedai boleh masak untuk aku nape aku nak kesah..' bisik wanita yang tak sedar diri dan banyak duit yang boleh dibazirkan di kedai makan itu. wakakak

 aku suka koteaw kungfu  sebab ada macam macam bahan. sotong udang ayam/daging and SAYUR! dan tentulah sebab ia mengenyangkan.




burn baby burn

i wanna dance dance dance dance

boom shakalaka

wow fantastic baby


mensia sia kan waktu petang yang sepatutnya dihiasi dengan aktiviti riadah joging bersosial dengan menonton music bank dan menjamah lunch+dinner dengan senyuman lebar mata bersinar sambil berbisik
my life is complete



fuuuuuuu









Saturday, April 14, 2012

Oh Pesta Songkran


Selamat Hari Songkran untuk penganut beragama Buddha..

Yeaaayyyyy.. cuti sekolah!!!!!

Semalam orang kampung Tasek sambut bersungguh2 raya Songkran nie. Siap dengan banner lagi ajak semua orang datang kg.Tasek sambut Songkran sama2..dorang jemput Dato Tan Lian Ho datang rasmi Pesta Songkran ni so acara dorang buat memang best2. ehem. aku tak ada di sana. Aku di kampung. lalalalala.. insyaAllah tahun depan panjang umur aku buat dokumentari Pesta Songkran di Kg Tasek. heh heh.

Acara Pesta Songkran ni dah mula awal 3 hari.. pertandingan persahabatan bola sepak sekolah dengan orang kampung...pameran burung..etc..bla bla bla itu je aku tau hihi.

kami warga sekolah ambil kesempatan join pesta ni Khamis lepas. Bawa murid2 pergi ke padang bagi support pada cikgu2 lelaki yang bertanding bola sepak. Jumaat? cutiiiiii =D aku lebih excited daripada orang lain hahahah












sedang enak memilih baju tiba tiba terhidu bau 'daging' panggang...owhfff





wah matahari terpacak atas kepala.

Hari Songkran ada perasmian pesta Songkran..tarian muzik Siam..pemilihan ratu Songkran..berarak keliling kampung bawa ratu songkran 2012 keliling kg.Tasek naik kereta berhias..wow..and fyi ratu2 songkran adalah tersangat lawa dan comellssss..

contohnye......drumrollsss



ex student tasek..masa sek rendah dulu sangat lemah lembut dan pandai dan pujaan budak2 lelaki tiap kali bawa dia wakil sekolah permainan etc. Di sekolah menengah masih seorang yang comel dan humble. sweetnye.

sorry Nat cikgi amik dari fb kamu. =D



end.






aku dah tak rajin buat bahan mengajar....teruk betul..
walaupun kurang makan tapi masih gemuk....teruk betul
kerja banyak malas buat.....teruk betul
aaarghhhh!!teruk betullahhh!!






Wednesday, April 11, 2012

GeMpa

ALLAH MAHA BESAR Pada jam 4.50++ tiba tiba rumah bergoyang. Aku tengah landing tonton tv sambil main ipad dan " eh, ape ni?pening ..lantai bergoyang? Gempa bumi? Aku lari ke pintu depan.peluk dinding baca ayat kursi..tangan kaki menggigil wehhhh Kereta aku bergoyang..pintu cermin bergegar....lebih kurang 1 minit++ masih bergoyang..aku standby lari keluar kalau rumah tiba2 runtuh. Alhamdullillah tak ada apa2.. Subhanallah



update*
terasa lagi gegaran kali kedua...7.00pm
berlari ke pintu depan peluk dinding kuat2..T_T
tak dapat bayangkan orang kat sumatera ...semoga Allah lindungi semua..

Friday, April 6, 2012

Just another day


Tahun ni mengajar murid LINUS. Murid tu pula disahkan slow learner by doctor. 
Arghh. Headache...Susah hati betul bila buat rancangan mengajar.
Sekarang ni kerap balik lewat sebab siapkan rancangan mengajar.
Kalau nak buat kat rumah jangan haraplah. 
Banyak lagi benda lain kena buat   *makan/tidur




Hadiah token bulanan. 1st dapat t-shirt.. yang lain buku nota je. Kejam betul aku bagi buku nota nipis je. Hope dapat bagi pengajaran kat murid sebab dorang ni pandai kerek. Pandai belajar tak pe la jugak. 
Tensen haku. 
Murid yang dapat t-shirt tu nak pakai masa raya Songkran nanti. Bagus3... (>O<)//



Hang out with my mom and cousin at Jusco. Apesal la dorang tak buat mall yang hebat2 kat area Kulim ni.
(~__~)


eat all the food!!!


sebab muka comot bedak luntur maka gambar harus dikaburkan. TQ PS

nampaknya kena cari banyak tshirt . Namaku dah dicalonkan untuk kursus kejurulatihan bola tampar. Dan aku harap ramai cikgu perempuan daripada lelaki. Sobbsss..tapi rasanya tak mungkin TT___TT

dan kemungkinan besar juga kena hadir acara perayaan Songkran.. maka harus bersiap sedia makeup kalis air dan pistol air.





Monday, April 2, 2012

Having Fun: Level Together Alone

Lamanye tak jenguk blog..

Minggu ni kurang sikit busy. Menikmati cuti dan kelapangan ni sepuas hati. Rasa tak cukup sebab masa makin cepat. Tidur pun rasa sekejap je. 


Sekarang famous betul game drawsomething tu . So aku pun join main game nie yang memang sesuai untuk orang macam aku yang tak de realityfren yang boleh diajak bermain. lol. dan aku pun tak minat sangat main game sebab bila kalah aku give up je. Tapi  dengan game ni boleh jugak asah skill drawing aku yang makin tumpul ni. 

Seriously, game ni memang best. just log in, create game cari random player, choose level, draw and that random person will guess your drawing. Next , kita pulak guess ape yang dorang lukis.. heheh.. best pulak orang boleh teka ape yang kita lukis.. tergelabah pulak aku nak menjawab and carik ejaan yang betul dalam dictionary...









lol wut


ok.nak sambung main. minggu depan cuti raya Songkran.. harap tak de program dengan sekolah sebab aku nak balik kampung. xoxo.