Tuesday, July 31, 2012

merdeka raya.


assalamualaikum.

selamat berpuasa.

aku busy sangat sejak akhir-akhir ni. Busy tengok tv. Tengok channel Korea so kena tengok subtitle. So aku tak boleh nak update blog. Lepas tu busy tidur sebab .. sebab .. aku nak tidur. Aku nak update pasal koir tapi tak dapat gambar lagi so aku tak ada idea nak post apa. Macam boring pulak nak post pasal pemulihan aku  - malas. Nak post gambar pasal menu buka posa aku memang macam meminta simpati orang ramai je hulurkan sumbangan. Tapi aku suka benda free.


tak lama lagi raya. Berapa pasang baju korang? aku tak beli lagi. Baju kerja ada 2 pasang lagi belum pakai. Ok lah tu. Bukan orang tau pun. hahahhahaha. malas



baju raya 2012


sambutan bulan merdeka.


berjalan keliling kampung. wow. rasa macam 3KM. aku cuma pakai selipar. tahi anjing bersepah. Tuan rumah keluar menoreh si anjing menjaga rumah. Entah berapa kali kena block dengan anjing. shoh shoh





level: beginner


tq new follower! Selamat beribadat . Rebut pahala sebanyak mungkin.




Tuesday, July 24, 2012

Wednesday, July 18, 2012

Ada apa dengan bundle?


hai.

busy weh. busy tak buat apa apa. hah hah hah. internet tak boleh pakai pulak. Bosan betul. Tiap kali lepas blackout je mesti line internet tak ok. Lepas tu kena call service. Lepas tu kena sahkan nombor ic segala. Lepas tu dia suruh tunggu. Lepas tu dia suruh try guna kabel dan aku tipu kata aku tak ada kabel. Dia percaya. Lepas tu amik kau dah 5 hari tak ada internet.

ok ok forget it. Aku ada kawan yang minat bundle. Sebelum ni aku tengok banyak betul baju dia ni tak pernah aku tengok pakai baju sama.Cantik pulak tu. Rupanya dia selalu beli bundle dengan harga sangat murah! Dulu aku ushar la jugak bundle bundle ni tapi nampak lusuh semacam je. Rupanya ada penjual yang jual bundle atau reject dari Korea Jepun dan US dan kalau bernasib baik dan pandai belek boleh dapat pakaian yang masih belum dipakai dan ada  tanda harga.




















sangat suka skirt ni. kainnya sangat lembut dan selesa dengan potongan lurus dan paling penting masih ada tanda harga! yeeee!!




Sejak kenal bundle dah tak teringin nak beli baju di mall. Sehelai cuma RM5  weh! RM5 !! Di pasar pagi Baling ada banyak gerai bundle. Aku beli bundle 10 helai baru sahaja RM60. Ada bundle yang lebih cantik harga RM8. Skirt yang cantik cantik cuma RM2.50 sehelai!  urgh!

uhhuhuuuu sekarang ni penjual bundle di pasar malam Kroh dah kenal geng bundle kami. Siap tolong simpan lagi bundle yang best best untuk kami. Sekarang geng bundle kena bertanding siapa cepat dia dapat dengan geng bundle Siam. Diorang dah siap tunggu walaupun gerai bundle belum buka. cis.

apa cara nak dapatkan baju bundle yang berkualiti dan masih belum tercemar? Sila lihat tag baju. Jika masih cantik dan elok dan tidak pudar maka baju/skirt/seluar tu masih belum dipakai atau direject or whatever. Dan jangan sesekali letakkan semula di rak baju konon nak ambil kemudian sebab kau dah tak ada peluang nak dapatkan semula. hahahahah. Ah! aku kena beli almari lagi.

Selamat berebut bundle di pasar malam.








Saturday, July 7, 2012

favourite food for the soul


Sebenarnya aku nak update pasal benda lain tapi memandangkan skill photography aku sangat teruk maka aku tukar tajuk kali ni. Food..food everywhere...

 so this is how chicken chop Kroh's bowling center looks like. so yummy so fatty i don even care. Kuah black pepper sangat pekat dan yummeh dan ayamnye dibakar rata dan sangat lembut uhuk uhuk dan harganya cuma RM10. Nanti nak cuba lamb chop pulak.




My favourite peanuts with thai tom yam spicy flavour!! Memang asyik bila makan kacang ni. Ada macam macam perisa. Perisa kopi, udang, ayam, original, bbq, wasabi. Aku pernah beli wasabi kononnya ada feel Jepun pastu makan sebiji buang setin terus sebab macam makan semut api. Mencucuk lidah perghh... Sekarang susah betul nak jumpa kacang ni di Pekan Kroh. Di sempadan ada la satu kedai je yang jual.



and this is my lunch + dinner for today. without rice or bread. just veggies.. nampaknya minggu ni meals aku veggies and meat. 


mode stress sekarang jadi mungkin akan lambat update nanti. stress sebab makan sikit tapi badan berisi. stress sebab baju semua ketat. stress sebab nak berfashionista tapi tak tahan panas dan bermakeup dan berfashion. erkkk..mungkin aku patut terima diri aku seadanya dan tak perlu kagum lebih lebih bila tengok orang lain cun cun belaka. dan mungkin juga aku tak patut putus asa dan usaha  jadi lebih baik. waahh ayat tak bleh blah. sungguh philosophy aku malam ni. 


bye.





Thursday, July 5, 2012

hey hey hey


sorry lama tak update

tunggu entri baru kah? heheheh

coming soon ek..ada tajuk best tapi kena ambil masa merenung kamera dan laptop dengan mata separuh buka. Bukan main lagi bertekad nak jadi blogger tegar dan rajin ambil gambar best best. Bila baca blog orang lain gambar cantik cantik gilos tapi sampai masa  nak update aku menguap je lebih.

hari ni rasa macam poyo dan galak sikit keh keh keh



kan best kulit aku licin macam  tu. Senang betul sekarang nak edit gambar. Aku akan delete post ni kalau sisters aku cakap dorang pening and muntah tengok aku cun. hahahahahahtuih


p/s:  Bura, aku dah lama gila beli jersey yang hang nak tu. Aku lupa habaq kat hang . Ada kat dalam almari dalam bilik mira. Hang nak pi la amik ..hahahahahhaha 


p/s2: hari ni aku jalan sorang pergi pasar malam. Hujan lebat pulak nasib baik aku bawa payung. Tengah aku jalan tiba tiba sunyi sangat sedangkan masa tu ramai orang. Macam orang kata 'malaikat lalu'...aku tengok betul betul  dan rasa pelik sangat kenapa tiba-tiba jadi sunyi bunyi hujan pun tak dengar. Pastu aku jalan la lagi nak g tempat parking aku dengar bunyi 'prakkkkk' kat belakang aku. Aku pusing belakang motor terbabas dan motor tu betul2 landing sebelah aku dengan pemboncengnya sekali. Nyaris aku pun terseret sama dengan motor tu. Nasib baik budak bawa motor tu pun tak apa apa. Pembonceng ni tergesel ngan kereta siam pastu leh plak kereta tu blah macam tu ja. Menggigil perut aku. Tak pasal pasal aku kena beli banyak makanan. hmp.