Wednesday, July 18, 2012

Ada apa dengan bundle?


hai.

busy weh. busy tak buat apa apa. hah hah hah. internet tak boleh pakai pulak. Bosan betul. Tiap kali lepas blackout je mesti line internet tak ok. Lepas tu kena call service. Lepas tu kena sahkan nombor ic segala. Lepas tu dia suruh tunggu. Lepas tu dia suruh try guna kabel dan aku tipu kata aku tak ada kabel. Dia percaya. Lepas tu amik kau dah 5 hari tak ada internet.

ok ok forget it. Aku ada kawan yang minat bundle. Sebelum ni aku tengok banyak betul baju dia ni tak pernah aku tengok pakai baju sama.Cantik pulak tu. Rupanya dia selalu beli bundle dengan harga sangat murah! Dulu aku ushar la jugak bundle bundle ni tapi nampak lusuh semacam je. Rupanya ada penjual yang jual bundle atau reject dari Korea Jepun dan US dan kalau bernasib baik dan pandai belek boleh dapat pakaian yang masih belum dipakai dan ada  tanda harga.




















sangat suka skirt ni. kainnya sangat lembut dan selesa dengan potongan lurus dan paling penting masih ada tanda harga! yeeee!!




Sejak kenal bundle dah tak teringin nak beli baju di mall. Sehelai cuma RM5  weh! RM5 !! Di pasar pagi Baling ada banyak gerai bundle. Aku beli bundle 10 helai baru sahaja RM60. Ada bundle yang lebih cantik harga RM8. Skirt yang cantik cantik cuma RM2.50 sehelai!  urgh!

uhhuhuuuu sekarang ni penjual bundle di pasar malam Kroh dah kenal geng bundle kami. Siap tolong simpan lagi bundle yang best best untuk kami. Sekarang geng bundle kena bertanding siapa cepat dia dapat dengan geng bundle Siam. Diorang dah siap tunggu walaupun gerai bundle belum buka. cis.

apa cara nak dapatkan baju bundle yang berkualiti dan masih belum tercemar? Sila lihat tag baju. Jika masih cantik dan elok dan tidak pudar maka baju/skirt/seluar tu masih belum dipakai atau direject or whatever. Dan jangan sesekali letakkan semula di rak baju konon nak ambil kemudian sebab kau dah tak ada peluang nak dapatkan semula. hahahahah. Ah! aku kena beli almari lagi.

Selamat berebut bundle di pasar malam.








No comments: