Thursday, December 31, 2020

Selamat Tahun Baru

 Assalamualaikum n hai again!

sempena tahun baru kan.. aku update lah sedikit blog aku sebagai kenangan 2020. sobs..

so far paling ketara perubahan aku sampai ke hujung tahun 2020 ni peningkatan berat badan lah.. huhu..masih tak move on ke ape aku nih.. nak jugak aku letak gambar last aku cekeding 2017. Tapi nanti promoter ubat kurus salah guna plak gambar..baik tak payah letak kan hihi..

Selepas ' pemerintahan baru' berat aku makin naik tak turun2.. aku tak boleh control stress. Lebih kepada emotional burnout. Sampai aku terpikir nak amik vape la, nak hantuk kepala la semata2 nak hilangkan sakit emosi tu ke physical pain..masalahnya fizikal pun out jugak..maka aku beralih kepada comfort food.. akhirnya aku ketagih.. boleh je aku kurus balik tapi lambat la sebab semua comfort food tu ada kat keliling aku je.. ditambah pulak dengan pkpb lagi la aku terperap dalam rumah mengunyah tengok tv lepas tu ada pulak food panda kat sini perghhh...kampung aku pun tak de food panda weh. padahal kampung aku lagi ramai pnduduk kot.

kesihatan aku sangat merosot ya..aku ni dari darah rendah 90+ dah naik sampai 115 aper citer weh.. kolesterol aku dari 5.99 ke 7.28! huhuhu.. sejak tahun lepas 3 kali aku  kena serangan senak dada macam wehhh nak mati ke ni ..apesal jantung aku sakit.. alhamdulillah aku ada spare pati delima cepat2 telan terus ok.. tahun ni kena lagi serangan ni tambah dengan sakit kepala cepat letih.. belum masuk 40 dah sakit kronik ni bahaya betul.














favourite place aku joging..masalahnya sini sunyi sangat..aku tak boleh joging sorang2..


apa pun alhamdulillah untuk tahun ni.. ada setengah benda aku tak boleh mention dalam blog nanti jadi isu..walaupun aku teringin sangat nak luah. Banyak Allah dah bagi kat aku tahun ni...syukur sangat.. 


Jumpa lagi tahun depan. Harap kita semua dapat survive.. buatlah persiapan sebaik baiknya..untuk dunia dan akhirat..


Kalau saya ada salah silap dan buat y'all tersinggung dalam comment atau content harap maafkan saya ye..


Bye!




Tuesday, December 22, 2020

Cuti yeay

  Assalamualaikum and hi again.

Yeah baru selesai hantar fail segala.. cuti 15 tahun pun tetap 4 hari sebelum kena hantar tugasan baru terhegeh-hegeh nak buat...

cuti sekolah tapi macam biasa tak bercuti jugak.. kena buat persediaan awal tahun depan lagi mencabar.. kesiannya murid tahun 1 abis la blur terus tahun depan...

tak ada apa nak update sebab kehidupan aku tak happening sangat. Aku lepak dalam bilik scroll insta pun rasa best dah..jenis tak bersosial begini lah huhu..


kedai buku 


susah nak jumpa roasted seaweed ngan marshmallow yang halal.. alhamdulillah kat kampung aku ada kedai bakeri  muslim so sangat la yakin beli produk2 situ.

kedai eco. 
magic betul kedai eco ni.. pen tu aku pernah beli kat kedai buku punya la mahal..sekali ha hambik kedai eco pun ada jual..


selesa betul face mask ni...macam artis2 korea duk pakai tu huhu.. aku beli kat Sasa online.. 
5 keping RM30 ... kain mask ni jenis lembut tak kasar kena kulit muka..nak bernafas pun selesa..biasala pakai face mask 3ply tu kadang2 mulut kering berbau jugak kan...tapi face mask ni serius! tak bau langsung! lepas tu korang boleh feeling artis korea..

ular peliharaan aku dah makin besar...hahah..nyaris aku kena patuk time menebang pokok .. betul2 kat kaki aku dah..

jemput breakfast.. 


hmm itu jela kisah kehidupan aku.. aku update lagi nanti kehidupan aku yang bosan.

ok bye!

Thursday, December 10, 2020

Liku liku kehidupan

 

assalamualaikum dan hai!

saja la aku buat semak blog aku ni dengan gambar tak berfaedah.








tengah usaha praktis lukis.. aku rasa dulu aku lukis ok je.. tapi kenapa sekarang macam teruk bebenar.. paling aku frust benda yang aku imagine tak keluar pun atas kertas... hmm...

aku dapat peluang melukis ni pun sebab sekolah tutup. kalau sekolah macam biasa memang mereput la semua barang lukis aku nih. Sementara tunggu turn kelas online, kita praktis lukis dulu deh.


 berkenan sungguh la ular dok menempek kat rumah aku.. bukan banyak pun pokok kat rumah aku ni.. pasu pun boleh kira sampai jari kaki. Nak jugak lepak dalam pasu bunga aku.. segan aku dengan jiran-jiran..rumah dorang tak ada pula sibuk nak panggil jpam bomba bagai tangkap ular.. rumah aku ni  mau nya setahun 2-3 kali panggil jpam. Aku bela dulu la kot menatang ni.. orang lain sibuk bela kucing, aku bela ular.



hebat hangpa bts noh.. bolot abis semua anugerah.. lain kali aku story plak pasai bts. 

bye!






Tuesday, December 1, 2020

hi again

 

assalamualaikum and hi again..

lama pulak aku tak bersiaran. hm

kehidupan pkpb macam biasa.. kelas online.. buat bahan mengajar.. buat rph.. siapkan apa yang patut..  

masa terluang ..yes banyak betul masa terluang sebab pkpb tak boleh pergi memana kan.. pusing pekan kroh ni 5 minit dah habis pusing.  maka masa terluang itu aku kemas lagi rumah aku yang berlambak sangat barang dah macam kedai eco hardware.. 

apa ke benda la yang aku dok beli selama ni aku pun tak tau.. tapi yang bestnya bila aku nak repair rumah, semua barang ada. tak payah 2 3 kali pergi kedai huhu

masa untuk mengemas buku yang dah penuh rak. aku perlukan rak buku baru tapi macam dah penuh je dinding rumah aku ni.








i m sorry books..i had to put you everywhere..









kena praktis lagi
 


super expensive



jom studi



bye!